Dalam membina sesuatu hubungan, ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang mudah. Ini kerana ia amat memakan masa dalam mengenali hati budi masing-masing. Segala saat yang indah dilalui tidak mungkin dapat dikekalkan tanpa pengorbanan dan kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Peringkat membina hubungan ini juga adalah perkara yang sama anda akan lalui apabila sudah berumahtangga. \bajet macam dah kawen :3/
(1) 6 bulan pertama- Pada peringkat ini biasanya pasangan akan berada dalam keadaan yang sangat bahagia. Mereka telah memasuki dunia yang tersendiri dan tiada siapa yang mampu menghalang hubungan mereka. Segala yang dilalui dirasakan amat indah. Sekiranya telah wujud banyak konflik pada peringkat ini, ia adalah amaran awal menunjukkan bahawa mereka mungkin pasangan yang tidak serasi.
(2) 1 tahun- Apabila sesuatu hubungan telah mencecah setahun lebih, konflik akan mula timbul didalam hubungan. Banyak pendapat yang bercanggah terhadap pasangan. Sesuatu masalah yang biasa juga boleh menjadi begitu rumit. Selain itu, pada tahap ini juga kebiasaannya perasaan cemburu akan mula menebal. Syak wasangka terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan juga akan mula menjadi punca pertelingkahan.
(3) 2 tahun- Pada peringkat ini, perhubungan akan memasuki satu tahap yang serius. Persoalan mengenai masa depan hubungan mula dipersoalkan. Kebiasaannya wanita akan memikirkan mengenai kemampuan lelaki tersebut dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap mereka dan keluarga. Manakala lelaki pula akan memikirkan adakah wanita tersebut adalah yang terbaik untuk mereka atau mereka sebenarnya mampu mencari wanita yang lebih baik.
(4) 3 tahun dan seterusnya- Persoalan mengenai masa depan hubungan iaitu pada peringkat 3 akan menjadi lebih serius. Sekiranya pasangan bijak dalam mengendalikan masalah ini, tiada masalah untuk mereka terus mengekalkan hubungan. Tetapi sekiranya masalah tersebut terus menjadi parah tanpa apa-apa tindakan yang diambil daripada kedua-dua belah pihak, peratus hubungan mereka akan terputus pada tahun tersebut atau berikutnya adalah amat tinggi.
http://www.top5reason.com > Creadits :'>Written By: Syasya Jasmie ♥
1 comment:
Entry menarik:)
Post a Comment